Skip to content

Seksyen 4d

Pewakilan fungsi, kuasa dan kewajipan Menteri

of Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 5 of 14
Seksyen 4d
(1)

Kecuali kuasa di bawah seksyen 4, $ 4 \mathrm{A}, 4 \mathrm{B}, 4 \mathrm{C} $ dan 12, Menteri boleh mewakilkan secara bertulis apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipannya kepada Ketua Pengarah.

(2)

Apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Ketua Pengarah atas nama dan bagi pihak Menteri.

(3)

Ketua Pengarah yang kepadanya apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan diwakilkan di bawah subseksyen (1) adalah terikat untuk menuruti dan mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Menteri daripada menunaikan apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.

(5)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini.".

Pindaan seksyen 5A