8. Seksyen baru 24E
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24D seksyen yang berikut:
s 24E“Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan bentuk yang dalamnya suatu daftar hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah
Akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar itu dan pembekalan salinan cabutan itu dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing-masing;
(b)
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud
Akta ini.”.