Seksyen 4c
Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
of Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri.
Ketua Pengarah imbalan Ketua enteri mengenaiaggi.
ai fungsi dan oleh Akta ini iteri dan Ketua arahan yang
(4)
Semasa ketiadaan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah boleh menjalankan fungsi dan kuasanya.