Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian XII · Pelesenan
84. Pengimportan butiran warisan asing
Feedback & supportSeseorang yang berniat untuk mengimport apa-apa butiran warisan asing hendaklah memberitahu Pesuruhjaya dengan dokumen yang memperakukan bahawa butiran warisan asing itu telah dibawa keluar dari suatu negara asing secara sah.
Jika terdapat sebab yang sah untuk mempercayai bahawa sesuatu butiran warisan asing yang sedang dalam perjalanan atau telah pun diimport telah dibawa keluar dari suatu negara asing secara tidak sah, Pesuruhjaya boleh mengambil milikan butiran itu dan menyimpannya dalam jagaan tetapi sebelum dia melaksanakan tindakan itu dia hendaklah berunding dengan Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Jika suatu butiran warisan asing ditahan di bawah subseksyen (2), Pesuruhjaya hendaklah menyimpan dan menguruskannya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jika apa-apa butiran warisan asing dibuktikan telah dibawa keluar dari negara asing secara sah, Pesuruhjaya hendaklah tanpa kelengahan memulangkannya kepada orang yang mengimport bahan itu.
Jika mana-mana negara telah membuktikan bahawa butiran warisan asing itu telah dieksport secara tidak sah dan meminta supaya butiran itu dipulangkan mengikut terma suatu triti, atau apabila Pesuruhjaya melaksanakan kewajipan memulangkan butiran itu mengikut suatu triti, dia hendaklah, dengan bantuan pihak berkuasa yang berwibawa, mengambil langkah yang perlu untuk memulangkan butiran itu kepada negara itu.
WJW21/0262 Akta 645.indd 58 1/29/21 7:26 AM
Warisan Kebangsaan 59