Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian XII · Pelesenan

91. Peniaga berdaftar butiran warisan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh berurus niaga dalam apa-apa butiran warisan melainkan jika dia ialah seorang peniaga berdaftar dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang diberikan oleh

Pesuruhjaya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk didaftarkan sebagai peniaga berdaftar warisan kebudayaan mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

(4)

Pesuruhjaya boleh meluluskan atau menolak permohonan itu.

Report

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Pelbagai

Bahagian XVII

Peruntukan Pemansuhan dan Kecualian