Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian XII · Pelesenan
88. Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali
Feedback & supportPesuruhjaya boleh mengikut budi bicaranya meluluskan atau menolak apa-apa permohonan bagi lesen untuk menggali.
Tiada lesen di bawah subseksyen (1) boleh diluluskan melainkan jika Pesuruhjaya berpuas hati—
bahawa pemunya tanah tempat penggalian dicadangkan dibuat telah mengizinkan penggalian itu;
WJW21/0262 Akta 645.indd 59 1/29/21 7:26 AM
60
Undang-Undang Malaysia
bahawa penggalian yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kerosakan atau gangguan kepada orang yang tinggal berhampiran dengan tanah itu, atau kepada mana-mana tempat yang digunakan bagi maksud keagamaan, atau kepada mana-mana tanah perkuburan, sekolah, punca atau bekalan air, kerja-kerja pengairan atau saliran atau jalan awam, atau bahawa jika apa-apa kerosakan mungkin berlaku peruntukan yang mencukupi telah dibuat oleh pemohon bagi pembayaran pampasan;
dan
bahawa pemohon boleh memberi jaminan bagi pematuhan wajar olehnya apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen atau mana-mana peraturan sebagaimana yang ditetapkan.