Malaysia legislation
Section 95
Seksyen 95
Warisan Kebangsaan 63
(1)
Jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana mahkamah di bawah Bab XVII Kanun Keseksaan
[Akta 574] berkenaan dengan mana-mana butiran warisan dan ternyata pada mahkamah bahawa butiran warisan itu telah dijual kepada seorang peniaga berdaftar, mahkamah, apabila dibuktikan keempunyaan harta itu, boleh, jika difikirkannya patut, memerintahkan supaya butiran warisan itu diserahkan kepada pemunya itu sama ada dengan membayar kepada peniaga berdaftar amaun harga pembelian atau apa-apa bahagiannya atau tanpa membayar amaun harga pembelian itu atau apa-apa bahagiannya sebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut oleh Mahkamah.
(2)
Mahkamah boleh menangguhkan prosiding itu bagi kehadiran peniaga berdaftar itu dan boleh memanggil peniaga berdaftar itu supaya hadir pada pendengaran yang ditangguhkan itu bagi penentuan di bawah subseksyen (1).