Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian XII · Pelesenan
90. Pelanjutan dan pembatalan lesen
Feedback & supportApa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masa sebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dilanjutkan oleh Pesuruhjaya bagi apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masa sebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dibatalkan oleh Pesuruhjaya sekiranya pemegang lesen itu melanggar mana-mana terma atau syarat lesen itu atau pembatalan itu perlu untuk melindungi kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara atau bagi maksud apa-apa dasar Kerajaan.
Pemegang lesen tidak berhak menuntut pampasan bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami atau yang dikatakan telah dialami olehnya disebabkan oleh pembatalan di bawah subseksyen (2).
Bagi maksud seksyen ini, apa yang menjadi “kepentingan negara”, “kepentingan keselamatan negara” atau “dasar Kerajaan”
hendaklah ditentukan oleh Menteri atas syor Pesuruhjaya dan penentuan itu adalah muktamad.
WJW21/0262 Akta 645.indd 60 1/29/21 7:26 AM
Warisan Kebangsaan 61
Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Menteri di bawah subseksyen (4).
Pendaftaran peniaga butiran warisan