Skip to content

Seksyen 13

Perkhidmatan lain atau dalam Perkhidmatan yang sama

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 18 of 129
Seksyen 13

(1)

Seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 boleh ditukarkan daripada satu Perkhidmatan kepada suatu Perkhidmatan lain, atau daripada satu kor atau cawangan kepada suatu kor atau cawangan lain dalam Perkhidmatan yang sama, dalam angkatan tetap—

(a)

dengan keizinannya sendiri;

(b)

dengan perintah Majlis Angkatan Tentera yang dibuat dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong; atau

(c)

dengan perintah Majlis Angkatan Tentera atau pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya pada bila-bila masa dalam masa berkuat kuasanya Proklamasi Darurat yang dikeluarkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan

Persekutuan.

(2)

Jika seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 ditukarkan kepada suatu Perkhidmatan, kor atau cawangan lain dia hendaklah tertakluk pada segala kaedah, peraturan dan perintah yang boleh dipakai bagi Perkhidmatan, kor atau cawangan itu dan syarat perkhidmatannya hendaklah diubah supaya sesuai dengan syarat am perkhidmatan bagi Perkhidmatan, kor atau cawangan yang kepadanya dia ditukarkan itu.

(3)

Tiada seorang pun pegawai bertauliah atau orang yang dilantik di bawah seksyen 10 boleh ditukarkan kepada suatu Perkhidmatan, kor atau cawangan lain melainkan jika dia layak ditauliahkan atau dilantik kepada Perkhidmatan, kor atau cawangan itu.

Akta Angkatan Tentera 31