Skip to content

Seksyen 4

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 4 of 129

Seksyen 4

(1)

Di dalam Malaysia tiga Perkhidmatan angkatan tetap yang berikut hendaklah ditubuhkan dan dikekalkan, iaitu:

(a)

“Tentera Darat Malaysia” atau dalam bahasa Inggeris

“The Malaysian Army” (kemudian daripada ini disebut

“Tentera Darat”);

(b)

“Tentera Laut Diraja Malaysia” atau dalam bahasa

Inggeris “The Royal Malaysian Navy” (kemudian daripada ini disebut “Tentera Laut”); dan

(c)

“Tentera Udara Diraja Malaysia” atau dalam bahasa

Inggeris “The Royal Malaysian Air Force” (kemudian daripada ini disebut “Tentera Udara”).

(2)

Dalam setiap tahun perbelanjaan yang dicadangkan akan dilakukan bagi angkatan tetap hendaklah dimasukkan ke dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan bagi angkatan tentera.