Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian X · Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

209. Orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan: peruntukan am

Feedback & support
(1)

Orang yang berikut tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini:

Akta Angkatan Tentera 215

(a)

tiap-tiap pegawai yang memegang tauliah Yang di-Pertuan

Agong yang dikeluarkan di bawah seksyen 6;

(b)

tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera di bawah seksyen 10;

(c)

tiap-tiap askar-lasykar angkatan tetap;

(d)

tiap-tiap anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan

Tetap apabila dikerah untuk berkhidmat atau untuk latihan di bawah Bahagian VIII;

(e)

tiap-tiap pegawai dan tiap-tiap pegawai daripada

Simpanan Pegawai bagi sesuatu angkatan sukarela yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX apabila menjalankan kewajipan sebagai seorang pegawai;

(f)

tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela—

(i)

apabila bertugas tetap atau menjalani latihan terus-menerus sebagaimana yang ditakrifkan dalam kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian IX;

(ii)

apabila ditugaskan kepada angkatan tetap di bawah subseksyen 201(2); atau

(iii)

apabila dikerah untuk berkhidmat melalui perisytiharan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 202(1).

Report