Seksyen 38
Seksyen 38
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan niat hendak membantu musuh—
(a)
meninggalkan atau menyerahkan mana-mana tempat atau pos yang menjadi kewajipannya mempertahankan, atau mendorong mana-mana orang supaya meninggalkan atau menyerahkan mana-mana tempat atau pos yang menjadi kewajipan orang itu untuk mempertahankan;
(b)
menyerahkan mana-mana kapal atau kapal udara kepada musuh apabila kapal atau kapal udara itu boleh dipertahankan dengan jayanya atau dibinasakan;
(c)
menyerahkan mana-mana pangkalan, padang terbang atau tempat atau pepasangan pertahanan lain kepada musuh apabila ia boleh dipertahankan dengan jayanya atau apabila menjadi kewajipannya untuk menyebabkan ia dibinasakan;
(d)
melakukan apa-apa perbuatan yang dikira akan menghalang kejayaan gerakan angkatan tentera Seri
Paduka Baginda, atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera itu atau mana-mana bahagian daripada angkatan tentera itu;
(e)
setelah menjadi seorang tawanan perang, berkhidmat dengan atau membantu musuh dalam menjalankan kegiatan bermusuh-musuhan atau langkah yang dikira akan mempengaruhi semangat, atau dengan apa-apa cara
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
jua yang tidak dibenarkan menurut kelaziman antarabangsa;
(f)
memberikan musuh senjata atau peluru atau apa-apa jenis bekalan atau apa-apa benda lain yang mungkin membantu musuh;
(g)
memberi perlindungan atau melindungi seseorang musuh yang bukan seorang tawanan perang;
(h)
memberi apa-apa semboyan udara palsu atau mengubah atau mengganggu apa-apa semboyan udara atau apa-apa radas bagi memberi semboyan udara;
(i)
apabila diperintahkan oleh pegawai atasannya, atau selainnya di bawah perintah, supaya menjalankan apa-apa gerakan seumpama perang di udara dia tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk melaksanakan perintah itu;
atau
(j)
menyebabkan ditawan atau dibinasakan oleh musuh mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda atau kapal atau kapal udara mana mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera Seri Paduka
Baginda, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman mati atau apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan dengan mengetahui dan tanpa sebab yang sah melakukan apa-apa perbuatan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), jika tidak dibuktikan bahawa dia telah bertindak dengan niat hendak membantu musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(3)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan cuai menyebabkan
Akta Angkatan Tentera 53
ditawan atau dibinasakan oleh musuh mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda, atau kapal atau kapal udara mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera Seri Paduka
Baginda, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.