Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

168. Kuasa memerintah

Feedback & support
(1)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa Majlis Angkatan Tentera boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi orang, yang menjadi anggota angkatan tentera, yang padanya diletak hak pemerintahan ke atas angkatan tentera atau mana-mana bahagiannya atau anggotanya dan berkenaan dengan hal keadaan yang dalamnya pemerintahan seperti yang disebut terdahulu kena dijalankan.

(2)

Berhubung dengan anggota-anggota angkatan tentera apabila berada dalam kapal udara, subseksyen yang terdahulu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah sebutan mengenai anggota-

178 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

anggota angkatan tentera termasuklah sebutan mengenai mana-mana orang yang memerintah sesuatu kapal udara.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh mana-mana kuasa yang terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Kuasa memerintah apabila bahagian Perkhidmatan yang berlainan berkhidmat bersama

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules