Seksyen 7
Jenis tauliah
ActIn forceProvision 11 of 129
Seksyen 7
(1)
Sesuatu tauliah yang dikurniakan di bawah peruntukan seksyen terdahulu yang akhir disebut itu boleh dikurniakan sama ada bagi sesuatu tempoh yang tidak ditentukan atau bagi sesuatu masa tertentu dan hendaklah dalam salah satu hal itu mengikut bentuk yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15
dan hendaklah dikeluarkan di bawah Mohor Yang di-Pertuan Agong dan dicapkan dengan Mohor Besar Persekutuan.
(2)
Sesuatu tauliah yang dikeluarkan bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan boleh dilanjutkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sebagaimana yang difikirkan suai manfaat.