Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan
157. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun
Feedback & supportMajlis Angkatan Tentera boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan termasuklah peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera (kemudian daripada ini disebut “Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun”) berkenaan dengan gaji, elaun dan emolumen lain bagi pegawai dan askar-lasykar angkatan tetap dan perkara lain yang bersangkutan dengannya dan khususnya berkenaan dengan peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini.
Walau apa pun tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini menurut seksyen 1 atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diberikan kuat kuasa ke
Akta Angkatan Tentera 165
belakang kepada apa-apa tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan berkuat kuasa Akta ini.
Walau apa pun tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini menurut seksyen 1 atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong boleh meminda apa-apa kaedah, peraturan, perintah dan surat cara lain yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan yang dimansuhkan oleh subseksyen 217(1) yang perundangan subsidiari itu masih berkuat kuasa menurut kuasa subseksyen (2) seksyen itu dan apa-apa pindaan yang dibuat di bawah ini kepada perundangan subsidiari yang masih berkuat kuasa itu boleh diberikan kuat kuasa ke belakang kepada apa-apa tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.