Skip to content

Seksyen 6

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 10 of 129

Seksyen 6

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Majlis Angkatan

Tentera mengurniakan sesuatu tauliah dalam Tentera Darat, Tentera

Laut atau Tentera Udara kepada mana-mana orang, mengikut mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh ditauliahkan dalam Askar Melayu Diraja.

(2)

Jika orang yang dikurniakan sesuatu tauliah di bawah subseksyen (1) ialah seorang pegawai dalam angkatan sukarela, Majlis

Angkatan Tentera boleh menerima perkhidmatan yang diambil kira

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

pegawai itu, jika ada, termasuk pangkatnya yang terakhir dan perkara lain yang berkaitan dengannya, sebagai perkhidmatan yang diambil kira.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), seksyen 15 hendaklah terpakai.