Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VIII · Simpanan Angkatan Tetap

189. Penubuhan suatu Simpanan Angkatan Tetap

Feedback & support
(1)

Maka hendaklah ditubuhkan dan dikekalkan di Malaysia suatu Simpanan Angkatan Tetap yang hendaklah mengandungi—



*CATATAN — Seksyen 188 masih belum berkuat kuasa — lihat subseksyen 1(2) Akta Angkatan Tentera

(Pindaan) 1996 [Akta A974].

196 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(a)

pegawai-pegawai yang dikehendaki supaya berkhidmat dalam suatu Simpanan Pegawai di bawah peruntukan subseksyen 188(1);

(b)

semua askar-lasykar daripada angkatan tetap yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini sedang berkhidmat dalam simpanan menurut terma pengambilan masuk mereka; dan

(c)

semua askar-lasykar angkatan tetap yang menurut terma pengambilan masuk mereka ditukarkan kepada simpanan apabila tamat perkhidmatan sepenuh masa mereka.

(2)

Dalam setiap tahun perbelanjaan yang dicadangkan akan dilakukan bagi Simpanan Angkatan Tetap hendaklah dimasukkan ke dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan bagi angkatan tentera.

Report

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules