Skip to content

Seksyen 87

Kekebalan

of Akta Bank Negara Malaysia 2009

ActIn forceProvision 88 of 101
Seksyen 87
(1)

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—

(a)

mana-mana pegawai atau pekerja Bank;

(b)

mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang bagi pihak Bank, atau bagi pihak mana-mana pegawai atau pekerja itu, atas sifatnya sebagai seorang yang bertindak bagi pihak itu; atau

(c)

mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini,

Bank Negara Malaysia 89

bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau yang bermaksud untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, notis atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

(2)

Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah Gabenor,

Timbalan Gabenor dan pengarah lain.