Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian XIV

94. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan yang lebih baik matlamat dan maksud Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat —

(a)

untuk menguatkuasakan seksyen 78;

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi penalti pentadbiran menurut seksyen 98;

(c)

untuk memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu jadi suatu kesalahan; dan

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi apa-apa kesalahan di bawah peraturan-peraturan itu yang tidak boleh melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules