Seksyen 89
Kuasa mengkompaun
of Akta Bank Negara Malaysia 2009
Gabenor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah wang yang difikirkannya patut yang tidak melebihi amaun denda maksimum yang boleh dikenakan terhadap orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Bank.
(4)
Semua wang yang diterima di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.