Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian XIV

88. Kuasa untuk melaporkan kesalahan yang disyaki

Feedback & support
(1)

Jika Bank semasa menjalankan mana-mana kuasanya, atau menunaikan mana-mana kewajipannya, atau melaksanakan mana-mana fungsinya, di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank yang disebut dalam Jadual

Kedua atau undang-undang bertulis lain, mengesyaki bahawa mana-mana orang telah melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana Akta yang disebut dalam Jadual Kedua, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Bank untuk memberikan maklumat mengenai pelakuan itu kepada seorang pegawai polis yang bertanggungjawab bagi sesuatu balai polis atau kepada mana-mana pegawai polis lain, atau untuk menyampaikan apa-apa atau segala maklumat berhubung dengan kesalahan itu kepada mana-mana institusi kewangan atau orang lain yang terjejas oleh kesalahan itu, atau kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan, peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Bank telah dilakukan.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya, walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, dalam Akta itu atau mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank yang disebut dalam Jadual

Kedua atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

Report

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules