Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian V · Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara
19. Pencerobohan, kacau ganggu dan tanggungjawab kerana kerosakan
Feedback & supportTiada apa-apa tindakan boleh diambil berkenaan dengan pencerobohan atau berkenaan dengan kacau ganggu, semata-mata oleh sebab penerbangan kapal udara itu melangkau mana-mana harta setinggi paras muka bumi, yang, setelah diambil kira angin, cuaca dan segala hal mengenai perkara itu, munasabah, atau kejadian biasa mengenai penerbangan itu, selagi Akta ini dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi dengan sempurna;
Penerbangan Awam 39
akan tetapi jika kerosakan atau kerugian besar berlaku disebabkan oleh sesuatu kapal udara yang dalam penerbangan, yang hendak berlepas, atau yang hendak mendarat, atau oleh mana-mana orang di dalam sesuatu kapal udara itu, atau oleh apa-apa barang yang jatuh dari kapal udara itu, kepada mana-mana orang atau harta di darat atau di air, ganti rugi boleh didapati daripada pemunya kapal udara itu berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu, tanpa bukti kecuaian atau niat atau kausa tindakan yang lain, seolah-olah kerosakan atau kerugian itu telah disebabkan oleh perbuatannya yang sengaja, kecuaiannya atau kemungkirannya, kecuali jika kerosakan atau kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian orang yang menanggung kerosakan atau kerugian itu sendiri:
Dengan syarat bahawa jika kerosakan atau kerugian besar itu disebabkan oleh perkara yang disebut terdahulu dalam keadaan yang dalamnya—
ganti rugi itu boleh didapati daripada pemunya berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu hanya menurut peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini; dan
suatu tanggungan di sisi undang-undang diwujudkan pada mana-mana orang selain pemunya supaya membayar ganti rugi berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu, pemunya berhak diganti rugi oleh orang lain itu terhadap apa-apa tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu.
Jika sesuatu kapal udara telah dipajakkan atau disewakan dengan bona fide bagi suatu tempoh yang lebih daripada empat belas hari kepada mana-mana orang lain oleh pemunya kapal udara itu, dan tiada seorang pun pemandu, laksamana, juruterbang atau anggota anak kapal yang boleh mengendalikan kapal udara itu diambil kerja oleh pemunya itu, seksyen ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah rujukan mengenai pemunya itu telah digantikan dengan rujukan mengenai orang yang kepadanya kapal udara itu telah dipajakkan atau disewakan.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 3