Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian X · Peralihan

28. Pemansuhan undang-undang tertentu dan peruntukan kecualian

Feedback & support
(1)

Akta Penerbangan Awam 1949, dan Perintah Penerbangan

Awam Tanah Jajahan (Pemakaian Akta) 1952 (kedua-duanya bagi

United Kingdom) hendaklah terhenti berkuat kuasa di mana-mana jua di dalam Malaysia dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan pemberhentian itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pemansuhan bagi maksud Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388].

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

(2)

Undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Akta ini dengan ini dimansuhkan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2) dan Jadual—

(a)

kecuali jika perundangan subsidiari itu dimansuhkan dengan nyata oleh Akta ini, semua perundangan subsidiari yang telah—

(i)

dibuat di bawah, atau yang terpakai oleh, mana-mana undang-undang yang dimansuhkan atau yang terhenti berkuat kuasa menurut Akta ini; dan

(ii)

berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan penerbangan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini, hendaklah (tanpa memudaratkan kuasa untuk memindanya dengan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian sebagaimana yang perlu untuk menyesuaikan perundangan subsidiari itu dengan Akta ini) terus berkuat kuasa di dalam kawasan penerbangan itu sehingga dimansuhkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan yang sepatutnya itu, atau dengan cara lain ditamatkan, dan hendaklah disifatkan telah dibuat di bawahnya; dan

(b)

apa-apa surat cara yang telah—

(i)

dikeluarkan, disampaikan atau diberikan di bawah mana-mana undang-undang yang telah dimansuhkan atau yang tidak lagi berkuat kuasa menurut Akta ini;

dan

(ii)

berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan penerbangan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini, hendaklah (tanpa memudaratkan apa-apa kuasa untuk meminda surat cara itu dan tertakluk

Penerbangan Awam 63

kepada apa-apa pengubahsuaian sebagaimana yang perlu untuk menyesuaikannya dengan Akta ini) terus berkuat kuasa di dalam kawasan penerbangan itu sehingga digantikan, dibatalkan atau dengan cara lain ditamatkan, dan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, disampaikan atau diberikan di bawah

Akta ini, dan Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari di bawahnya hendaklah terpakai kepada, atau berhubung dengan, surat cara itu dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa surat cara sedemikian yang dinyatakan akan terus berkuat kuasa selama suatu tempoh yang tertentu boleh terus berkuat kuasa selepas habisnya tempoh itu melainkan jika surat cara itu diperbaharui mengikut Akta ini dan manamana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

(4)

Dalam seksyen ini—

“kawasan penerbangan” ertinya—

(a)

Melaka dan Pulau Pinang;

(b)

Sabah;

(c)

Sarawak; atau

(d)

Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia selain Melaka dan

Pulau Pinang, sebagaimana yang dikehendaki oleh keadaan hal itu;

“surat cara” ertinya apa-apa arahan atau kehendak lain, apa-apa notis dan apa-apa perakuan, lesen, pengesahan atau kuasa lain.

______________________

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

Report

Schedules