Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian II · Pengawalseliaan Penerbangan Awam
3. Kuasa untuk menguatkuasakan Konvensyen Chicago dan mengawal selia penerbangan awam
Feedback & supportMenteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan dan untuk menjalankan tujuan dan maksud Akta ini dengan lebih baik lagi, untuk mengadakan pada amnya peruntukan bagi mengawal selia penerbangan awam dan bagi melaksanakan Konvensyen Chicago, apa-apa Lampiran kepada
Konvensyen itu dan apa-apa pindaan kepada Konvensyen dan
Lampiran itu.
Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1), dan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi—
mengawal selia penggunaan kapal udara dalam penerbangan untuk sewa atau upah dengan mengadakan suatu sistem pensijilan atau selainnya berkenaan dengan perkara teknikal dan perihal keselamatan;
pendaftaran dan penandaan kapal udara di Malaysia;
mengenakan syarat sebelum sesuatu kapal udara boleh dibenarkan untuk membuat penerbangan termasuk syarat berhubung dengan kelayakan terbang, penyenggaraan dan pembaikan kapal udara itu;
menghendaki orang yang menjalankan fungsi yang ditetapkan berhubung dengan pengendalian atau penyenggaraan kapal udara menjadi pemegang lessen atau pemegang perakuan daripada jenis yang dinyatakan dan mengadakan peruntukan berkenaan dengan pemberian, pembatalan, pelanjutan, pengesahan, penggantungan atau pengubahan perakuan atau lesen itu;
Penerbangan Awam 15
pelesenan, pemeriksaan dan pengawalseliaan aerodrom, akses ke aerodrom dan tempat di mana kapal udara telah mendarat dan bagi melarang atau mengawal selia penggunaan aerodrom yang tidak berlesen;
mengawal selia penggunaan, atau menyekat daripada masuk ke dalam, aerodrom, kilang kapal udara atau tempat penyenggaraan atau tempat lain yang seumpama itu sebagaimana yang difikirkan suai manfaat termasuk tempat di mana bahagian dan enjin kapal udara disenggarakan;
menetapkan syarat yang menurutnya, dan khususnya mengenai aerodrom yang kepadanya atau darinya, kapal udara yang masuk atau yang meninggalkan Malaysia itu boleh membuat penerbangan, dan syarat yang menurutnya kapal udara boleh terbang dari satu bahagian di dalam
Malaysia ke bahagian yang lain;
menetapkan syarat yang menurutnya penumpang dan muatan boleh dibawa dengan udara dan yang menurutnya kapal udara boleh digunakan bagi maksud komersial yang lain, perindustrian yang lain atau yang boleh mendatangkan keuntungan yang lain, dan melarang pembawaan dengan udara barang-barang daripada apa-apa kelas sebagaimana yang ditetapkan;
mengurangkan atau mengelakkan daripada diganggu penggunaan atau keberkesanan radas yang digunakan berhubung dengan penerbangan udara dan melarang atau mengawal selia penggunaan radas seperti itu dan penunjukan isyarat dan lampu yang boleh membahayakan kapal udara;
pada amnya menjamin keselamatan, kecekapan, dan keteraturan penerbangan udara dan keselamatan kapal udara dan orang serta muatan yang dibawa dan mengelakkan kapal udara daripada membahayakan orang dan harta yang lain;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
menghendaki orang yang diambil kerja atau yang digaji, atau berhubung dengan, penerbangan udara supaya memberikan maklumat kaji cuaca bagi maksud penerbangan udara;
mengawal selia pemberian isyarat dan perhubungan lain oleh atau kepada kapal udara dan orang yang dibawa;
menetapkan suatu panji-panji penerbangan awam bagi
Malaysia dan mengawal selia penggunaannya;
melarang atau menyekat kapal udara daripada membuat penerbangan atas mana-mana kawasan di Malaysia sebagaimana yang ditetapkan;
menetapkan caj dan fi yang kena dibayar kepada Jabatan
Penerbangan Awam sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan membayar caj dan fi itu;
(Dipotong oleh Akta A1497);
menetapkan fi yang dikehendaki dibayar berkenaan dengan pengeluaran, pengesahan, pembaharuan, pelanjutan atau pengubahan mana-mana perakuan, lesen atau dokumen lain atau berkenaan dengan penjalanan apa-apa peperiksaan atau ujian yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang didapati oleh
Menteri sebagai suai manfaat untuk dikenakan fi bagi maksud peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, orang atau penerbangan daripada peruntukan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana jua daripadanya;
Penerbangan Awam 17
menyiasat apa-apa kemalangan yang berlaku di Malaysia atau yang berlaku kepada kapal udara Malaysia dengan cara sebagaimana yang ditetapkan, termasuk dengan cara suatu tribunal yang ditubuhkan bagi maksud itu;
melarang akses atau gangguan kepada kapal udara yang telah ditimpa kemalangan, dan membenarkan sesiapa jua, setakat yang perlu bagi maksud sesuatu penyiasatan, untuk mempunyai akses kepada, mengalihkan, mengambil langkah untuk memelihara, atau dengan jalan lain menguruskan, mana-mana jua kapal udara itu;
menghendaki sesiapa jua yang mempunyai kapal udara atau yang menjalankan urusan menjalankan perkhidmatan kapal udara untuk mendapatkan upah supaya memberikan apa-apa maklumat berhubung dengan kapal udara, anak kapal, mel, penumpang dan muatan yang dibawa, kerja lain yang dilaksanakan oleh kapal udara itu, perjalanan yang dibuat oleh kapal udara itu dan apa-apa penyata perdagangan, perangkaan belanja dan penyata kewangan, yang menunjukkan antara lain, semua penerimaan serta puncanya, sebagaimana yang ditetapkan; dan
menetapkan kuasa, termasuk kuasa menangkap, yang boleh dijalankan oleh anggota anak kapal sesuatu kapal udara, berhubung dengan orang yang ada di dalam kapal udara itu, bagi maksud menentukan keselamatan kapal udara itu atau penumpang, anak kapal atau muatannya atau dengan jalan lain bagi maksud Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Tertakluk kepada subseksyen (4), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti yang berikut:
jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang individu, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
jika kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Bagi sesuatu peraturan yang dibuat menurut perenggan (2)(m), boleh juga mengadakan peruntukan untuk mengambil apa-apa langkah (termasuk menembak kapal udara)
sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa peraturan yang dibuat menurut perenggan (2)(a) boleh mengadakan peruntukan untuk mengenakan penalti yang berikut:
dalam hal kesalahan kali pertama—
jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang individu, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
jika kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau
dalam hal kesalahan kali kedua atau kali kemudian—
jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang individu, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
jika kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit.
Penerbangan Awam 19
Penerbangan yang berbahaya