Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian VII · Karaman dan Penyelamatan
23. Section 23
Feedback & supportApa-apa perkhidmatan yang diberikan bagi menolong atau bagi menyelamatkan nyawa daripada, atau bagi menyelamatkan muatan atau perlengkapan, sesuatu kapal udara di dalam laut atau di atas laut atau di mana-mana perairan pasang surut, atau di pantai, di atas pantai laut atau mana-mana perairan pasang surut, hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan yang dianggap perkhidmatan penyelamat jika perkhidmatan penyelamat itu diberikan kepada sesuatu vesel; dan, jika perkhidmatan diberikan oleh sesuatu kapal udara kepada mana-mana harta atau orang, pemunya kapal udara berhak mendapat upah yang sama untuk perkhidmatan itu sebagaimana yang dia berhak untuk mendapatnya jika kapal udara itu ialah suatu vesel.
Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa walaupun kapal udara yang berkenaan itu ialah suatu kapal udara asing, dan walaupun perkhidmatan yang berkenaan itu diberikan di tempat lain dan bukannya dalam had perairan wilayah yang bersempadanan dengan mana-mana bahagian Malaysia.
Peruntukan berhubung dengan vesel dalam kecemasan
(kecuali berkenaan dengan pemeriksaan kapal dalam kecemasan) dan peruntukan berhubung dengan pengurusan karaman, karaman yang tidak dituntut, pemindahan karaman, kesalahan mengenai karaman, pelanggaran, tatacara penyelamatan, bidang kuasa Mahkamah Tinggi mengenai penyelamatan dan Penerima karaman yang terkandung dalam undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu berhubung dengan perkapalan saudagar hendaklah terpakai bagi kapal udara sebagaimana peruntukan itu terpakai kepada kapal, dengan ubah suaian yang perlu dan khususnya dengan pengecualian, penyesuaian dan pengubahsuaian yang berikut:
perkataan
“vesel”
dan
“kapal”
masing-masing termasuklah kapal udara;
Penerbangan Awam 43
ungkapan “karaman” termasuklah mana-mana kapal udara atau mana-mana bahagiannya yang didapati terdampar di laut atau di atas laut di sekeliling Malaysia atau perairan pasang surutnya atau mana-mana pelabuhannya atau atas atau dekat dengan pantai lautan dan perairan tersebut atau yang didapati atau yang diambil milik di luar Malaysia dan lautan dan perairan pasang surut tersebut dan kemudiannya dibawa ke dalam had itu;
perkataan “ketua” termasuklah laksamana atau orang lain yang menjaga sesuatu kapal udara;
perkataan “kapal karaman” termasuklah kapal udara yang terkandas.