Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian VI · Penahanan Kapal Udara

21. Kapal udara dan bahagiannya dikecualikan daripada disita atas tuntutan paten

Feedback & support
(1)

Apa-apa jua kemasukan yang sah ke dalam Malaysia atau apa-apa jua perjalanan yang sah melintasi Malaysia, sama ada dengan mendarat atau tidak, oleh sesuatu kapal udara yang baginya seksyen ini terpakai tidak membolehkan kapal udara itu disita atau ditahan atau tidak membolehkan apa-apa prosiding diambil terhadap pemunya atau pengendali kapal udara itu atau tidak membolehkan apa-apa gangguan lain dibuat terhadap kapal udara itu oleh atau bagi pihak mana-mana orang di dalam Malaysia atas alasan bahawa pembinaan, mekanisme, bahagian, alat tambah atau perjalanan perkhidmatan kapal udara itu melanggar sesuatu paten, reka bentuk atau model.

(2)

Pengimportan ke dalam, dan penyimpanan di dalam, Malaysia akan barang ganti dan alat ganti untuk kapal udara yang baginya seksyen ini terpakai dan penggunaan dan pemasangannya pada

Penerbangan Awam 41

membaiki kapal udara itu tidak membolehkan kapal udara atau barang ganti atau alat ganti itu dirampas atau tidak membolehkan apa-apa prosiding diambil terhadap pemunya atau pengendali kapal udara itu atau pemunya barang ganti atau alat ganti atau tidak membolehkan apa-apa gangguan lain dibuat terhadap kapal udara itu oleh atau bagi pihak mana-mana orang di dalam Malaysia atas alasan bahawa barang ganti atau alat ganti atau pemasangannya itu melanggar sesuatu paten, reka bentuk atau model:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai berhubung dengan mana-mana jua barang ganti atau alat ganti yang dijual atau diedarkan di dalam Malaysia atau yang dieksport dari Malaysia untuk dijual atau diedarkan.

(3)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi sesuatu kapal udara, selain suatu kapal udara yang digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis, yang didaftarkan di dalam sesuatu negara atau wilayah yang baginya suatu perisytiharan yang dibuat oleh Menteri dan yang disiarkan dalam Warta ada berkuat kuasa pada masa itu, dengan tujuan untuk menunaikan Konvensyen Chicago yang berkaitan dengan seksyen ini, bahawa faedah peruntukan itu terpakai bagi negara atau wilayah itu, dan bagi apa-apa kapal udara yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perisytiharan itu.

Report

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules