Act of Parliament · Updated to 31 Oct 2016 · 10 parts
Akta Penerbangan Awam 1969
Feedback & supportCivil aviation and related mattersBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penerbangan Awam 1969
dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aerodrom”
ertinya mana-mana kawasan tanah atau air, termasuklah apa-apa lapangan terbang, lapangan terbang kecil
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(termasuklah lapangan terbang kecil air), lapangan helikopter, bangunan, pepasangan dan kelengkapan, untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi pendaratan, pelepasan atau pergerakan kapal udara;
“aerodrom Kerajaan” ertinya mana-mana aerodrom di bawah kawalan Menteri dan termasuklah mana-mana aerodrom Angkatan
Tentera atau tentera pelawat;
“anak kapal” termasuklah tiap-tiap orang yang digaji atau yang diambil kerja dalam sesuatu kapal udara yang sedang dalam penerbangan atas urusan kapal udara itu;
“barang” termasuklah mel dan binatang;
“binaan” termasuklah mana-mana rumah, gudang, pejabat, kedai, sekolah dan mana-mana bangunan lain, sama ada kekal atau sementara, sama ada digunakan bagi maksud untuk diduduki manusia atau selainnya, dan juga apa-apa jua dinding, pagar, pelantar, pentas, tiang pintu pagar, tiang batu, tiang, bingkai, papan keras, jambatan, kabel, wayar atau apa-apa galangan buatan yang lain yang didirikan tinggi dari aras bumi;
“kapal udara Malaysia” ertinya sesuatu kapal udara yang didaftarkan di mana-mana bahagian di Malaysia;
“kapal udara tentera” ertinya kapal udara perkhidmatan tentera bagi
Angkatan Tentera dan termasuklah mana-mana kapal udara yang dikawal oleh seorang anggota Angkatan Tentera dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang anggota itu;
“kawasan terkawal” ertinya sesuatu kawasan yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan terkawal di bawah seksyen 8;
“kerosakan atau kerugian”, berhubung dengan seseorang, termasuklah kehilangan nyawa dan bencana kepada tubuh;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penerbangan Awam
Malaysia;
Penerbangan Awam 11
“Konvensyen Chicago” ertinya Konvensyen berkenaan dengan
Penerbangan Awam Antarabangsa yang dibuat di Chicago pada 7 Disember 1944;
“lapangan terbang” ertinya agregat tanah yang terdapat dalam suatu aerodrom termasuklah bangunan, hangar kapal udara, tempat penyimpanan, kemudahan, jalan dan tempat letak yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi maksud atau berkaitan dengan pengendalian aerodrom itu;
“mendirikan” berhubung dengan sesuatu binaan termasuklah tambahan atau perubahan kepada mana-mana binaan yang ada;
“muatan” ertinya harta yang boleh dialih yang dibawa di dalam kapal udara;
“sewa atau upah” ertinya apa-apa bayaran, balasan, ganjaran atau manfaat yang dicaj, diminta, diterima atau dikutip secara langsung atau secara tidak langsung oleh mana-mana orang bagi penggunaan sesuatu kapal udara;
“syarikat berlesen” ertinya syarikat yang kepadanya lesen dikeluarkan oleh Menteri di bawah subseksyen 24A(1);
“tanah” termasuklah tanah yang diliputi air dan apa-apa hak pada atau atas tanah.
Apa-apa rujukan dalam Akta ini mengenai mana-mana negara atau wilayah hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, diertikan sebagai termasuk suatu rujukan mengenai perairan wilayah, jika ada, yang bersempadanan dengan negara atau wilayah itu dan kepada ruang udara atas negara atau wilayah itu dan atas perairan wilayah yang bersempadanan dengannya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
BAHAGIAN IA
KEWAJIPAN DAN FUNGSI
KETUA PENGARAH PENERBANGAN AWAM
s 2AKetua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia
Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia hendaklah melaksanakan kewajipan dan fungsi yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
s 2BKewajipan dan fungsi Ketua Pengarah
Menjadi tugas dan fungsi Ketua Pengarah—
untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan penerbangan awam dan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan, termasuk penetapan piawai dan penguatkuasaannya;
untuk mewakili Kerajaan berkenaan dengan perkara penerbangan awam dan untuk membuat segala perkara yang perlu bagi maksud ini;
untuk memastikan perkembangan penerbangan awam yang selamat dan teratur di seluruh Malaysia;
untuk menggalakkan pembangunan kemudahan jalan udara, lapangan terbang dan penerbangan udara bagi penerbangan awam;
untuk menggalakkan pengadaan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan yang cekap oleh syarikat berlesen; dan
untuk mempertingkatkan kepentingan pengguna perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan di
Penerbangan Awam 13
Malaysia dari segi harga yang dikenakan bagi, dan mutu dan kepelbagaian, perkhidmatan yang diadakan oleh syarikat berlesen.
Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan dan fungsi yang diberikan kepadanya oleh
Akta ini.
Mana-mana orang yang kepadanya kuasa, kewajipan atau fungsi diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah.
Mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan, ditunaikan atau dilaksanakan atas nama Ketua Pengarah.
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang
Ketua Pengarah sendiri menjalankan, menunaikan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu.
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah.
s 2DKad kuasa
Mana-mana orang apabila bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya, dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat kad kuasa itu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dibawa oleh pegawai itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
Bahagian II
Pengawalseliaan Penerbangan Awam
Bahagian III
Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom
Bahagian IV
Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom
Bahagian V
Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara
Bahagian VI
Penahanan Kapal Udara
Bahagian VII
Karaman dan Penyelamatan
Bahagian VIII
Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan
Bahagian IX
Pelbagai
Bahagian X