Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian IV · Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom

7. Section 7

Feedback & support
(1)

Jika Menteri berpuas hati, berkenaan dengan mana-mana bangunan, binaan atau dirian yang berdekatan dengan sesuatu aerodrom, bahawa, untuk menjamin bahawa kapal udara, termasuk

Penerbangan Awam 31

kapal udara tentera, yang terbang berdekatan di situ dapat diterbangkan dengan selamat dan cekap, peruntukan patut dibuat, sama ada dengan pencahayaan atau dengan jalan lain, untuk memberikan amaran kepada kapal udara itu tentang adanya binaan itu, dia boleh, dengan perintah yang ditandatangani sendiri olehnya, membenarkan pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu aerodrom itu atau sesiapa jua yang bertindak di bawah arahan pemegang lesen atau orang yang menjaga itu—

(a)

melaksana, memasang, menyenggara, menjalankan dan, apabila keadaan menghendaki, membaiki dan mengubah, apa-apa kerja dan radas sebagaimana yang perlu untuk membolehkan amaran seperti itu diberikan dengan cara yang dinyatakan dalam perintah itu; dan

(b)

setakat yang perlu bagi menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh perintah itu memasuki dan melangkau, sama ada dengan kenderaan atau tidak, mana-mana tanah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu perintah sedemikian boleh dibuat berhubung dengan sesuatu binaan jika didapati oleh Menteri bahawa perkiraan yang memuaskan hati telah pun dibuat, dan sedang dijalankan, untuk memberikan amaran tentang adanya binaan itu.

(2)

Menteri hendaklah, sebelum membuat sesuatu perintah itu, menyebabkan supaya disiarkan, dengan cara sebagaimana yang difikirkannya paling baik untuk memberitahu orang yang berkenaan itu, notis mengenai cadangan hendak membuat perintah itu dan mengenai tempat di mana salinan draf perintah itu boleh didapati dengan percuma, dan hendaklah menimbangkan apa-apa representasi berkenaan dengan perintah itu yang mungkin dibuat, dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu dan tempoh itu tidak boleh kurang daripada dua bulan selepas tersiarnya notis itu, kepadanya oleh sesiapa jua yang didapatinya berkepentingan dalam mana-mana tanah yang akan tersentuh oleh perintah itu; dan, apabila berakhirnya tempoh itu, perintah itu boleh, tertakluk kepada seksyen

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

ini, dibuat dengan apa-apa pengubahsuaian, jika ada, terhadap draf asal sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

(3)

Tiap-tiap perintah itu hendaklah memperuntukkan—

(a)

bahawa, kecuali dalam masa darurat, tiada apa-apa kerja boleh dilaksanakan atas mana-mana tanah menurut perintah itu melainkan jika pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu aerodrom yang berkaitan dengan perintah itu telah menyampaikan, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum itu, dengan cara yang dinyatakan dalam perintah itu, kepada penduduk tanah itu dan kepada tiap-tiap orang lain yang diketahui oleh pemegang lesen atau orang yang menjaga aerodrom itu sebagai berkepentingan dengannya, suatu notis bertulis yang mengandungi apa-apa jua butir-butir mengenai jenis kerja yang dicadangkan itu, dan cara bagaimana serta masa yang dicadangkan untuk melaksanakan kerja itu sebagaimana yang dinyatakan oleh, atau menurut, perintah itu;

(b)

bahawa jika, dalam masa empat belas hari selepas notis itu disampaikan kepada sesiapa jua yang berkepentingan sedemikian, pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu aerodrom itu menerima suatu makluman bertulis tentang bantahan di pihak orang itu terhadap cadangan yang terkandung dalam notis itu, yang merupakan suatu makluman yang menyebut alasan bantahan, maka, melainkan jika dan kecuali bantahan itu ditarik balik, tiada apa-apa tindakan jua boleh diambil menurut notis itu dengan tiada keizinan tertentu daripada

Menteri; dan

(c)

bagi menghendaki pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu aerodrom yang berkaitan dengan perintah itu supaya membayar kepada sesiapa jua yang berkepentingan dalam mana-mana tanah yang tersentuh oleh perintah itu apa-apa pampasan kerana apa-apa kerosakan atau kerugian yang mungkin ditanggung oleh

Penerbangan Awam 33

orang itu oleh sebab perintah itu sebagaimana yang, jika tiada tercapai persetujuan, diputuskan dari semasa ke semasa oleh seorang penimbang tara tunggal yang dilantik oleh Hakim Besar bagi Mahkamah Tinggi yang berkenaan.

(4)

Bagi maksud subseksyen ini, apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah berhubung dengan pengalihan yang sah akan apa-apa radas yang dipasang menurut sesuatu perintah itu, dan sekian banyak perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan membaiki, mengubah, meruntuhkan atau mengalih mana-mana binaan yang berkaitan dengan sesuatu perintah itu setakat yang disebabkan oleh berkuatkuasanya perintah itu, hendaklah disifatkan sebagai kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh sebab perintah itu.

(5)

Pemunyaan sesuatu barang tidak boleh dikira sebagai tersentuh semata-mata oleh sebab barang itu terletak dalam, atau bercantum dengan, mana-mana tanah menurut sesuatu perintah sebagaimana yang disebut terdahulu; dan, tertakluk kepada subseksyen (7), selagi berkuat kuasa apa-apa perintah sedemikian berkenaan dengan sesuatu aerodrom, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan persetujuan pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu aerodrom itu, dengan sengaja mengganggu apa-apa kerja atau benda yang pada pengetahuan orang itu ialah kerja atau benda yang dilaksanakan atau diletakkan dalam, pada atau di atas mana-mana tanah menurut perintah itu.

(6)

Jika sesiapa melanggar subseksyen (5), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa, berhubung dengan mana-mana binaan, sehingga menyekat apa-apa kerja daripada dilakukan bagi maksud membaiki, mengubah, meruntuhkan atau mengalih binaan itu jika—

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

(a)

notis bagi melakukan kerja itu diberikan dengan seberapa segera yang boleh kepada pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu aerodrom; dan

(b)

tidak terganggu amaran tentang adanya binaan itu dengan cara yang diperuntukkan oleh mana-mana perintah di bawah seksyen ini yang berkuat kuasa berhubung dengannya itu.

Report

Bahagian V

Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara

Bahagian VI

Penahanan Kapal Udara

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules