Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian IX · Pelbagai
24M. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang merupakan pengarah, setiausaha atau pengurus atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau berupa seperti bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau telah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan melakukan
Penerbangan Awam 59
kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, dengan mengambil kira fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan.