Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian I · Permulaan
2B. Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah
Feedback & supportMenjadi tugas dan fungsi Ketua Pengarah—
untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan penerbangan awam dan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan, termasuk penetapan piawai dan penguatkuasaannya;
untuk mewakili Kerajaan berkenaan dengan perkara penerbangan awam dan untuk membuat segala perkara yang perlu bagi maksud ini;
untuk memastikan perkembangan penerbangan awam yang selamat dan teratur di seluruh Malaysia;
untuk menggalakkan pembangunan kemudahan jalan udara, lapangan terbang dan penerbangan udara bagi penerbangan awam;
untuk menggalakkan pengadaan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan yang cekap oleh syarikat berlesen; dan
untuk mempertingkatkan kepentingan pengguna perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan di
Penerbangan Awam 13
Malaysia dari segi harga yang dikenakan bagi, dan mutu dan kepelbagaian, perkhidmatan yang diadakan oleh syarikat berlesen.