Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian II · Pengawalseliaan Penerbangan Awam

4. Section 4

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu kapal udara diterbangkan dengan sebegitu cara sehingga menyebabkan bahaya yang tidak patut kepada mana-mana orang atau harta di darat atau di air, pemandu atau orang yang menjaga kapal udara itu, dan juga pemunyanya, melainkan jika dia membuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa kapal udara itu telah diterbangkan dengan cara sedemikian tanpa kesalahan atau privitinya yang sebenar, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “pemunya”, berhubung dengan sesuatu kapal udara, termasuklah mana-mana orang yang menyewa kapal udara itu pada masa berlakunya kesalahan itu.

(3)

Seksyen ini sebagai tambahan kepada, dan tidak menghapuskan, mana-mana peruntukan yang dibuat oleh Menteri di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen 3.

Report

Bahagian III

Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom

Bahagian IV

Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom

Bahagian V

Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara

Bahagian VI

Penahanan Kapal Udara

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules