4H. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportSeseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya—
apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat kontrak; atau
apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah dizahirkan kepada Lembaga mengenai hakikat dan jenis kepentingannya.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh
Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa
14 Undang-Undang Malaysia No. 35/1968
pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar seksyen ini.