Seksyen 2
Tafsiran
(a)
dalam hal suatu syarikat berhad dengan syer, seseorang yang namanya dicatatkan dalam daftar anggota sebagai pemegang satu atau lebih syer dalam syarikat itu pada masa ini; atau
(b)
dalam hal suatu syarikat berhad menurut jaminan, seseorang yang namanya dicatatkan dalam daftar anggota;
“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];
“berdaftar” ertinya berdaftar di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;
“buku” termasuklah apa-apa daftar atau rekod maklumat lain dan apa-apa akaun atau rekod perakaunan, tidak kira bagaimana jua pun disusun, direkodkan atau disimpan, dan termasuk juga apa-apa dokumen;
“bursa saham” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
“daftar cawangan” ertinya—
(a)
berhubung dengan suatu syarikat—
(i)
daftar cawangan anggota syarikat itu yang disimpan di bawah seksyen 53; atau
Syarikat 39
(ii)
daftar cawangan pemegang debentur yang disimpan di bawah seksyen 60, mengikut kehendak keadaan; dan
(b)
berhubung dengan suatu syarikat asing, daftar cawangan anggota syarikat itu yang disimpan di bawah seksyen 568;
“daftar utama”, berhubung dengan suatu syarikat, ertinya daftar anggota syarikat itu yang disimpan di bawah seksyen 50;
“debentur” termasuklah saham debentur, bon, sukuk, nota dan apa-apa sekuriti lain sesuatu perbadanan sama ada merupakan suatu gadaian ke atas aset perbadanan itu atau tidak;
“dicetak” termasuklah ditaip atau dilitograf atau dikeluarkan semula melalui apa-apa cara yang berbentuk mekanikal;
“diperakui”, berhubung dengan suatu salinan dokumen, ertinya diperakui mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar sebagai salinan benar dokumen itu dan, berhubung dengan terjemahan sesuatu dokumen, ertinya diperakui mengikut cara yang ditentukan oleh
Pendaftar sebagai terjemahan yang betul dokumen itu ke dalam bahasa kebangsaan atau ke dalam bahasa Inggeris, mengikut kehendak keadaan;
“diserah simpan” ertinya diserah simpan atau difailkan di bawah
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“faedah” termasuklah pulangan atau pampasan sebagaimana yang diperakui di bawah prinsip Shariah;
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
“gadaian” termasuklah suatu gadai janji dan apa-apa perjanjian untuk memberi atau menyempurnakan suatu gadaian atau gadai janji sama ada atas tuntutan atau selainnya;
“harta” berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah tanah, wang, barangan, hak dalam tindakan, benda dalam tindakan, nama baik dan tiap-tiap barangan berharga, sama ada zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, dan sama ada terletak di Malaysia atau di tempat lain dan juga termasuk obligasi, pengabdian, dan tiap-tiap perihalan estet, faedah dan keuntungan, sekarang atau masa hadapan, terletak hak atau luar jangka, yang berbangkit daripada atau bersampingan dengan harta itu;
“institusi berlesen” ertinya suatu bank berlesen, bank pelaburan berlesen, bank Islam berlesen, bank Islam antarabangsa berlesen, penanggung insurans berlesen, pengendali takaful berlesen dan pengendali takaful antarabangsa berlesen;
“juruaudit syarikat diluluskan” ertinya seseorang yang telah diluluskan di bawah seksyen 263 sebagai juruaudit dan yang kelulusannya tidak dibatalkan;
“kaedah-kaedah” ertinya mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah di bawah seksyen 616;
“kelab rekreasi tidak tersenarai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri” ertinya Ketua
Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diperuntukkan dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53];
“langganan minimum”—
(a)
berhubung dengan apa-apa syer suatu kelab rekreasi tidak tersenarai yang ditawarkan kepada orang awam untuk langganan, ertinya amaun yang dinyatakan dalam prospektus yang berhubungan dengan tawaran itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
Syarikat 41
(b)
berhubung dengan apa-apa pengeluaran, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, syer yang dibuat di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007, ertinya amaun yang dinyatakan dalam prospektus yang berhubungan dengan pengeluaran, penawaran atau pelawaan itu mengikut kehendak Suruhanjaya Sekuriti yang berhubungan dengan kandungan prospektus, sebagai amaun minimum yang pada pendapat pengarah mesti diperdapatkan melalui pengeluaran syer yang ditawarkan sedemikian;
“Lembaga”, berhubung dengan suatu syarikat, ertinya—
(a)
pengarah syarikat itu yang bilangannya tidak kurang daripada jumlah kuorum yang dikehendaki untuk bertindak sebagai lembaga pengarah; atau
(b)
jika syarikat itu hanya mempunyai seorang pengarah, pengarah itu;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat;
“mesyuarat agung tahunan”, berhubung dengan suatu syarikat awam, ertinya suatu mesyuarat syarikat yang dikehendaki supaya diadakan oleh seksyen 340;
“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan dan mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberikan autoriti kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;
“pegawai”, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah—
(a)
mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan;
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(b)
penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan perbadanan yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara; dan
(c)
mana-mana penyelesai syarikat yang dilantik dalam penggulungan sukarela, tetapi tidak termasuk—
(i)
mana-mana penerima yang bukannya seorang pengurus;
(ii)
mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh
Mahkamah; atau
(iii)
mana-mana penyelesai yang dilantik oleh Mahkamah atau pemiutang;
“Pegawai Penerima” ertinya Ketua Pengarah Insolvensi, Timbalan
Ketua Pengarah Insolvensi, Pengarah Insolvensi, Timbalan Pengarah
Insolvensi, Penolong Pengarah Kanan Insolvensi, Penolong Pengarah
Insolvensi, pegawai Insolvensi dan mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360];
“pemegang syer substansial” ertinya orang yang disebut dalam subseksyen 136(2);
“pemegangan syer substansial” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 136;
“pemunya benefisial” ertinya pemilik mutlak syer dan tidak termasuk penama bagi apa-apa perihalan;
“Pendaftar”
ertinya
Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20A(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001
[Akta 614];
“pengamal insolvensi”
ertinya seseorang yang merupakan penyelesai diluluskan selain Pegawai Penerima;
Syarikat 43
“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan tidak kira dengan apa jua nama dipanggil dan termasuklah seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya majoriti pengarah suatu perbadanan lazimnya bertindak dan seorang pengarah silih ganti atau pengarah ganti;
“Penggal” ertinya suatu Penggal dalam Akta ini dan sebutan mengenai sesuatu Penggal yang dinyatakan ialah sebutan mengenai
Penggal Bahagian itu Akta ini yang dalamnya sebutan itu terdapat;
“penggulungan sukarela anggota” ertinya suatu penggulungan di bawah Subpenggal 4 Penggal 1 Bahagian IV, jika suatu pengisytiharan telah dibuat dan diserah simpan di bawah seksyen 443;
“penggulungan sukarela pemiutang” ertinya suatu penggulungan di bawah Subpenggal 5 Penggal 1 Bahagian IV;
“penganjur”, berhubung dengan sesuatu prospektus yang dikeluarkan oleh atau yang berkaitan dengan sesuatu perbadanan, ertinya penganjur perbadanan itu yang merupakan suatu pihak dalam penyediaan prospektus itu atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan; tetapi tidak termasuk mana-mana orang yang semata-mata bertindak atas sifat profesionalnya;
“pengurus”, berhubung dengan sesuatu syarikat, ertinya pegawai eksekutif utama syarikat pada masa ini tidak kira apa jua nama dipanggil dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;
“penyata kewangan” mempunyai erti yang sama yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia di bawah
Akta Laporan Kewangan 1997 [Akta 558];
“penyata tahunan” ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, dan termasuklah apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu;
“penyelesai” termasuklah Pegawai Penerima apabila bertindak sebagai penyelesai sesuatu perbadanan;
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
“penyelesai diluluskan” ertinya seseorang yang telah diluluskan di bawah seksyen 433 sebagai penyelesai dan yang kelulusannya tidak dibatalkan;
“penyumbang”, berhubung dengan suatu syarikat, ertinya seseorang yang bertanggungan untuk menyumbang kepada aset syarikat sekiranya syarikat itu digulungkan, dan termasuk pemegang syer berbayar penuh dalam syarikat itu dan, sebelum penentuan muktamad orang yang menjadi penyumbang, termasuklah mana-mana orang yang dikatakan sebagai penyumbang;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan di bawah Akta ini;
“perbadanan berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya suatu perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan perbadanan yang pertama disebut menurut kuasa seksyen 7;
“perbadanan peminjam” ertinya suatu perbadanan yang berada atau akan berada di bawah suatu liabiliti, sama ada liabiliti itu sekarang atau masa hadapan, untuk membayar balik apa-apa wang yang diterima atau yang akan diterima olehnya sebagai sambutan kepada suatu pelawaan kepada orang awam untuk melanggan atau membeli debentur perbadanan mengikut peruntukan Subpenggal 10 Penggal 1