Seksyen 4
Takrif “subsidiari dan syarikat pemegangan”
(a)
perbadanan yang lain itu—
(i)
mengawal keanggotaan lembaga pengarah perbadanan itu;
(ii)
mengawal lebih daripada setengah kuasa mengundi perbadanan itu; atau
(iii)
memegang lebih daripada setengah keseluruhan jumlah syer dikeluarkan perbadanan itu, tidak termasuk mana-mana bahagian modal syer yang terdiri daripada syer keutamaan; atau
(b)
perbadanan itu ialah suatu subsidiari mana-mana perbadanan yang menjadi subsidiari perbadanan yang lain itu.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1)(a)(i), keanggotaan sesuatu lembaga pengarah perbadanan hendaklah disifatkan dikawal oleh suatu perbadanan yang lain jika perbadanan yang lain itu boleh melantik atau memecat kesemua atau majoriti pengarah dan bagi maksud peruntukan ini, syarikat pemegangan itu hendaklah disifatkan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan sedemikian jika—
(a)
seseorang tidak boleh dilantik sebagai pengarah tanpa penjalanan kuasa sedemikian yang memihak kepadanya oleh perbadanan yang lain itu; atau
(b)
pelantikan seseorang sebagai pengarah semestinya berikutan daripada kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai lain perbadanan yang lain itu.
(3)
Dalam menentukan sama ada satu perbadanan ialah subsidiari kepada suatu perbadanan yang lain—
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(a)
apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu atas sifat fidusiari hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan olehnya;
(b)
tertakluk pada perenggan (c) dan (d), apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan—
(i)
oleh mana-mana orang sebagai penama bagi perbadanan yang lain itu, kecuali jika perbadanan yang lain itu hanya berkaitan atas sifat fidusiari; atau
(ii)
oleh, atau oleh penama bagi, subsidiari perbadanan yang lain itu, yang bukannya suatu subsidiari yang berkaitan hanya atas sifat fidusiari, hendaklah dikira sebagai dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu;
(c)
apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh mana-mana orang menurut kuasa peruntukan mana-mana debentur perbadanan atau suatu surat ikatan amanah bagi mendapatkan apa-apa keluaran debentur tidak boleh diambil kira; dan
(d)
apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh, atau oleh penama bagi, perbadanan yang lain itu atau subsidiarinya, yang tidak dipegang atau boleh dijalankan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (c), hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu jika perniagaan biasa perbadanan yang lain itu atau subsidiarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuklah peminjaman wang dan syer dipegang atau kuasa boleh dijalankan sebagaimana yang disebut terdahulu dengan cara cagaran hanya bagi maksud suatu transaksi yang dibuat dalam perjalanan biasa perniagaan itu.
(4)
Sebutan dalam Akta ini mengenai syarikat pemegangan bagi sesuatu syarikat atau perbadanan lain hendaklah dibaca sebagai
Syarikat 53
sebutan mengenai sesuatu perbadanan yang syarikat atau perbadanan itu ialah subsidiarinya.