287. Section 287
Feedback & support(1)
Juruaudit suatu perbadanan peminjam hendaklah menghantar suatu salinan penyata kewangan atau apa-apa laporan, perakuan atau dokumen lain yang juruaudit itu dikehendaki untuk diberikan kepada perbadanan itu oleh Akta ini atau oleh debentur atau surat ikatan amanah kepada tiap-tiap pemegang amanah bagi pemegang debentur perbadanan peminjam itu melalui pos dalam masa tujuh hari dari pemberian kepada perbadanan itu apa-apa penyata kewangan atau apa-apa laporan, perakuan atau dokumen lain yang juruaudit itu dikehendaki oleh Akta ini atau oleh debentur atau surat ikatan amanah untuk memberikan kepada perbadanan.