288. Peruntukan bagi menanggung rugi pengarah atau pegawai
Feedback & supportMana-mana peruntukan, sama ada yang terkandung dalam mana-mana perlembagaan atau dalam mana-mana kontrak dengan suatu syarikat atau selainnya, bagi mengecualikan mana-mana pegawai atau juruaudit syarikat itu daripada, atau menanggung rugi terhadapnya, apa-apa liabiliti yang melalui undang-undang akan selainnya menjadi terikat dengannya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, pelanggaran kewajipan atau pecah amanah, yang dengannya dia bersalah berhubung dengan syarikat itu, hendaklah terbatal.