Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

361. Pelanjutan masa dan pembetulan daftar gadaian

Feedback & support

Mahkamah, setelah berpuas hati bahawa peninggalan untuk mendaftar suatu gadaian, sama ada di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan, dalam masa yang dikehendaki atau bahawa peninggalan atau pernyataan silap tentang apa-apa butir berkenaan dengan mana-mana gadaian butir-butir atau dalam memorandum penyelesaian adalah tidak disengajakan atau disebabkan kelalaian atau disebabkan beberapa sebab lain yang mencukupi atau tidak bersifat menjejaskan kedudukan pemiutang atau pemegang syer atau bahawa atas alasan lain adalah adil dan saksama untuk memberikan relief, boleh, atas permohonan syarikat atau mana-mana orang yang mempunyai kepentingan dan mengikut apa-apa

406 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah, termasuk suatu terma atau syarat bahawa pelanjutan atau pembetulan adalah tanpa menjejaskan apa-apa liabiliti yang dilakukan oleh syarikat atau mana-mana pegawai syarikat berkenaan dengan keingkaran, memerintahkan supaya masa bagi pendaftaran dilanjutkan atau supaya peninggalan atau pernyataan silap itu dibetulkan.

Report

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules