365. Tafsiran
Feedback & supportDalam Subpenggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“perkiraan” termasuklah suatu penyusunan semula modal syer suatu syarikat melalui penggabungan syer daripada kelas yang berbeza atau melalui pembahagian syer ke dalam syer daripada kelas yang berbeza atau melalui kedua-dua kaedah ini;
“syarikat” ertinya mana-mana perbadanan atau pertubuhan yang boleh digulung di bawah Akta ini kecuali seksyen 370;
“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang merupakan syarikat subsidiari, syarikat pemegangan atau syarikat pemegangan muktamad, bagi suatu syarikat subjek;
“syarikat subjek” ertinya suatu syarikat yang telah membuat permohonan di bawah subseksyen 368(1);
“syarikat penerima pindahan” ertinya—