595. Fraud oleh pegawai
Feedback & supportTiap-tiap pegawai sesuatu syarikat yang—
secara menipu atau fraud atau curang atau secara apa-apa fraud lain mendorong mana-mana orang untuk memberikan kredit kepada syarikat itu;
dengan niat untuk memfraud pemiutang syarikat, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemberian atau pemindahan atau cagaran atas, atau menyebabkan atau membiarkan dikenakan apa-apa pelaksanaan terhadap, harta syarikat itu; atau
dengan niat untuk memfraud pemiutang syarikat itu, menyembunyikan atau mengalihkan mana-mana bahagian harta syarikat itu sejak atau dalam masa dua bulan sebelum tarikh apa-apa penghakiman atau perintah yang tidak dijelaskan bagi pembayaran wang yang diperoleh terhadap syarikat itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
Dalam subseksyen (1), “pegawai” sebagai tambahan kepada takrif di bawah seksyen 2, termasuk seseorang yang pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan pegawai perbadanan.
Syarikat 659