596. Sekatan ke atas penawaran syer, debentur, dsb., bagi langganan atau pembelian
Feedback & supportSeseorang tidak boleh, sama ada melalui pelantikan atau selainnya, pergi dari tempat ke tempat—
menawarkan syer bagi langganan atau pembelian kepada orang awam atau mana-mana orang awam; atau
mendapatkan atau menerima tawaran untuk melanggan atau untuk membeli syer daripada orang awam atau daripada mana-mana orang awam.
Subseksyen (1) tidak terpakai—
bagi tawaran untuk langganan atau pembelian atau pelawaan untuk melanggan atau membeli atau syor yang kepadanya
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 terpakai; dan
dalam hal syer mana-mana perbadanan jika—
notis tentang niat untuk memohon pengecualian daripada subseksyen (1) mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar diiklankan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa
Inggeris; dan
pengecualian daripada pemakaian subseksyen (1)
diperoleh daripada Menteri atas syor Pendaftar.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang tidak boleh berhubung dengan suatu perbadanan dianggap sebagai bukan orang awam hanya disebabkan orang itu menjadi pemegang syer dalam perbadanan itu atau pembeli barang-barang daripada perbadanan itu.
Seseorang tidak boleh membuat apa-apa pelawaan atau penawaran secara lisan kepada orang awam atau kepada mana-mana orang awam untuk melanggan atau untuk membeli syer.
660 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Seseorang tidak boleh membuat penawaran untuk membeli apa-apa syer kepada orang awam atau kepada mana-mana orang awam yang bukan merupakan orang yang urusan biasanya adalah untuk membeli atau menjual syer, sama ada sebagai prinsipal atau ejen.
Subseksyen (5) tidak terpakai—
jika syer yang berkaitan dengan tawaran itu merupakan syer daripada kelas yang disebut harga, atau yang berkenaan dengannya kebenaran untuk berurus niaga telah diberikan oleh bursa saham dan tawaran itu menyatakan dan menetapkan bursa saham itu;
jika syer yang berkaitan dengan tawaran itu merupakan syer yang suatu perbadanan mengumpukkan atau bersetuju untuk mengumpukkan dengan tujuan supaya syer ditawarkan bagi penjualan kepada orang awam dan tawaran itu disertakan dengan suatu dokumen yang mematuhi Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan prospektus;
bagi apa-apa permohonan syer dalam atau debentur suatu perbadanan atau bagi apa-apa pelawaan untuk mendeposit wang dengan atau meminjamkan wang kepada suatu perbadanan yang dikeluarkan, diedarkan, diagihkan atau dibuat tertakluk pada dan mengikut Subpenggal 9 Penggal 1
Bahagian III atau mengikut peruntukan Penggal 3