Skip to content

Seksyen 62

Pengkompaunan kesalahan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 62 of 67
Seksyen 62
(1)

Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, menetapkan apa-apa kesalahan sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dan boleh menetapkan cara yang mengikutnya kesalahan itu boleh dikompaun.

(2)

Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada

Suruhanjaya suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

Persaingan 49

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.