Skip to content

Seksyen 66

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 66 of 67
Seksyen 66
(1)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan dan menyiarkan apa-apa garis panduan yang suai manfaat atau perlu bagi menjalankan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan—

(a)

garis panduan mengenai analisis ekonomi dan perundangan yang akan digunakan dalam menentukan kes di bawah

Akta ini; dan

(b)

garis panduan mengenai prinsip yang akan digunakan dalam menentukan apa-apa penalti atau remedi yang dikenakan di bawah Akta ini.

(3)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948