Skip to content

Seksyen 64

Hak tindakan persendirian

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 64 of 67
Seksyen 64
(1)

Mana-mana orang yang mengalami kehilangan atau kerugian secara langsung akibat suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah Bahagian II mempunyai hak tindakan bagi relief dalam prosiding sivil dalam mahkamah di bawah seksyen ini terhadap mana-mana perusahaan yang atau pada masa material itu menjadi suatu pihak kepada pelanggaran itu.

(2)

Tindakan boleh dibawa oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa mengira sama ada orang itu berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan perusahaan itu.