Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan Tidak Saksama
11. Representasi palsu dan perlakuan lain yang mengelirukan berhubung dengan tanah
Feedback & supportTiada seorang pun boleh berkaitan dengan penjualan atau pemberian atau penjualan atau pemberian yang mungkin suatu kepentingan mengenai tanah atau berkaitan dengan penggalakan dengan apa-apa cara penjualan atau pemberian suatu kepentingan mengenai tanah—
secara palsu menyatakan bahawa mana-mana orang mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan atau gabungan; atau
membuat representasi palsu atau mengelirukan tentang mana-mana atau semua yang berikut:
jenis kepentingan mengenai tanah itu;
harga yang kena dibayar bagi tanah itu;
kedudukan tanah itu;
Undang-Undang Malaysia 26
ciri-ciri tanah itu;
kegunaan yang baginya tanah itu boleh digunakan atau dengan sah boleh digunakan;
kewujudan atau terdapatnya kemudahan yang dikaitkan dengan tanah itu.
Dalam seksyen ini, “kepentingan”, berhubung dengan tanah, ertinya kepentingan berdaftar atau boleh daftar mengenai tanah itu, dan termasuklah—
hak untuk menduduki tanah itu atau sesuatu bangunan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan yang didirikan di atas tanah itu, yang berbangkit oleh sebab pemegangan syer atau oleh sebab suatu kontrak untuk membeli syer dalam syarikat yang memiliki tanah atau bangunan itu;
atau
hak, kuasa atau keistimewaan ke atas atau berkaitan dengan tanah itu.
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kemudahan perumahan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pemajuan
Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].