Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan Tidak Saksama
15. Dakwaan bahawa barang adalah terhad
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, dalam membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan barang untuk dijual kepada pengguna, memerihalkan barang itu sebagai terhad melainkan jika edisi, pencetakan, penempaan, pengukiran atau pengeluarannya adalah terhad kepada—
suatu kuantiti maksimum yang telah ditentukan terlebih dahulu; atau
kuantiti sebenar yang dipesan atau dilanggan dalam suatu tempoh masa yang dinyatakan dan semunasabahnya singkat.
Sesuatu dakwaan bahawa barang adalah terhad hendaklah menyatakan dengan jelas—
kuantiti maksimum barang yang ditawarkan untuk jualan;
dan
tempoh masa atau tarikh tertentu barang itu ditawarkan untuk jualan.
Pernyataan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2)
hendaklah diletakkan berhampiran dengan dakwaan itu dengan cara yang mudah dilihat.