Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan Tidak Saksama
10. Representasi palsu atau mengelirukan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh membuat representasi palsu atau mengelirukan—
bahawa barang itu adalah daripada jenis, standard, kualiti, gred, kuantiti, komposisi, gaya atau model tertentu;
bahawa barang itu mempunyai sejarah tertentu atau kegunaan terdahulu yang tertentu;
bahawa perkhidmatan itu adalah daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu;
bahawa perkhidmatan itu dibekalkan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang yang mempunyai daya ketukangan, kelayakan atau kemahiran tertentu;
bahawa orang tertentu telah bersetuju memperoleh barang atau perkhidmatan itu;
bahawa barang itu baharu atau dibaikpulihkan;
Perlindungan Pengguna 25
bahawa barang itu telah dikilangkan, dikeluarkan, diproses atau dibaikpulihkan pada sesuatu masa tertentu;
bahawa barang atau perkhidmatan itu mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah;
bahawa orang itu mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan atau gabungan;
berkenaan dengan keperluan apa-apa barang atau perkhidmatan;
berkenaan dengan kewujudan, pengecualian atau kesan apa-apa syarat, gerenti, hak atau remedi; atau
berkenaan dengan tempat asal barang itu.
Dalam seksyen ini, “kuantiti” termasuklah panjang, lebar, tinggi, luas, isi padu, muatan, berat dan bilangan.