Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan Tidak Saksama
9. Perlakuan yang mengelirukan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam perlakuan yang—
(a)
berhubung dengan barang, adalah mengelirukan atau memperdayakan, atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan, orang ramai mengenai sifat, proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kebolehan untuk mendapatkan atau kuantiti, barang itu;
atau
(b)
berhubung dengan perkhidmatan, adalah mengelirukan atau memperdayakan, atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan, orang ramai mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kebolehan untuk mendapatkan atau kuantiti, perkhidmatan itu.