Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian II · Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan Tidak Saksama

17. Kontrak perkhidmatan hadapan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud seksyen ini, “kontrak perkhidmatan hadapan”

ertinya suatu kontrak bagi perkhidmatan pengguna yang akan diadakan atas dasar berterusan dan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Seseorang pengguna yang membatalkan suatu kontrak perkhidmatan hadapan boleh dikenakan amaun yang berikut oleh pembekal:

(a)

lima peratus daripada harga penuh kontrak;

(b)

kos bagi apa-apa barang yang digunakan atau disimpan oleh pengguna; atau

(c)

bahagian harga penuh kontrak yang merupakan perkhidmatan yang diterima oleh pengguna.

(3)

Jika pengguna telah membayar kepada pembekal wang lebih daripada yang pembekal berhak mengenakan di bawah perenggan (2)(a), (b) atau (c), pembekal hendaklah membayar balik bayaran yang lebih itu atau membolehkan bayaran balik didapati, dalam masa empat belas hari dari pembatalan.

(4)

Pembatalan sesuatu kontrak perkhidmatan hadapan hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

pada masa yang pembatalan itu dimaklumkan kepada pembekal; atau

(b)

jika pembekal tidak dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, pada masa pengguna menunjukkan kepada pembekal dengan cara yang munasabah dalam hal keadaan itu tentang niatnya untuk membatalkan kontrak perkhidmatan hadapan itu.

Perlindungan Pengguna 33

(5)

Tertakluk pada subseksyen (6), pembatalan kontrak perkhidmatan hadapan boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedua-duanya yang menunjukkan niat pengguna untuk membatalkan kontrak itu, dan tidaklah perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan tertentu, selagi niat untuk membatalkan kontrak itu jelas.

(6)

Jika pembekal dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, subseksyen (5) hendaklah mula berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa peruntukan nyata dalam kontrak perkhidmatan hadapan itu yang menghendaki notis pembatalan dibuat secara bertulis.

Report

Bahagian III

Keselamatan Barang dan Perkhidmatan

Bahagian IV

Kesalahan, Pembelaan dan Remedi Berhubung Dengan Bahagian II dan III

Bahagian V

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang

Bahagian VI

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VII

Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VIII

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian IX

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules