Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XIII · Penguatkuasaan
126b. Section 126b
Feedback & supportMana-mana Penolong Pengawal yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 125 atau 126 hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod, atau data berkomputer atau berdigital, sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Perlindungan Pengguna 127
Dalam menjalankan kuasanya, Penolong Pengawal—
boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu;
boleh menghendaki orang yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang menggunakan atau telah menggunakan komputer itu yang berkaitan dengan maklumat atau data itu;
boleh menghendaki orang yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa komputer itu digunakan atau telah digunakan, bagi pihak orang itu, yang berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
boleh menghendaki orang yang bertanggungjawab bagi, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberikan apa-apa bantuan yang munasabah kepadanya sebagaimana yang dikehendakinya bagi maksud seksyen ini.
Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan daripada maklumat berekod, atau data berkomputer atau berdigital, jika difikirkannya perlu.
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuk diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan maklumat berekod, atau data berkomputer atau berdigital difahami.