Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XIII · Penguatkuasaan
135. Hadiah bagi maklumat
Feedback & supportDalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu yang tidak melebihi setengah daripada denda itu dalam apa-apa perkadaran sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah itu kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.
Perlindungan Pengguna 133
Pemberian maklumat 135a. (1) Mana-mana orang yang—
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat atau perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu pendedahan telah dibuat kepada seorang Penolong Pengawal di bawah Akta ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat atau perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan pendedahan itu, melakukan suatu kesalahan.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk mendedahkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
kepada klien peguam bela dan peguam cara itu atau wakil klien itu berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang didedahkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
Undang-Undang Malaysia 134
Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi suatu pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—
dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa pendedahan yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau
dia mempunyai autoriti yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat pendedahan itu.
Seseorang Penolong Pengawal atau orang yang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa perkara yang telah dilakukan olehnya dalam penjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang dicadangkan, bagi Akta ini.